Apakah Allah Terima Taubatku?

Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat...
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." ( Surah al-Nisa' 4:17)

Allah memafkan kesalahan yang kamu lakukan...
Firman Allah, maksudnya: "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (Surah al-Syura 42:25)

DIA memafkan kesalahan siapa sahaja yang dikehendakiNya...
Firman Allah, maksudnya: "Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." ( Surah al-Taubah 9:15)

Comments

Popular posts from this blog

Abu Darda