Posts

Showing posts from 2009

Banjir di Stadium Singapore

The Float at Marina Bay, also known as Marina Bay Floating Platform, is the world's largest floating stage. It is located on the waters of the Marina Reservoir, in Marina Bay, Singapore. Made entirely of steel, the floating platform on Marina Bay measures 120 metres long and 83 metres wide, which is 5% larger than the soccer field at the National Stadium. The platform can bear up to 1,070 tonnes, equivalent to the total weight of 9,000 people, 200 tonnes of stage props and three 30-tonne military vehicles. The gallery at the stadium has a seating capacity of 30,000 people. But do they have boats cruising around during the games to catch all those balls that were kicked outside the field?

Melawan Hawa Nafsu

Assalamualaikum... Panduan Melawan Nafsu - Kisah Teladan Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat.Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal." Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya. Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirny...

Hujan

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in - Payah nak buat apa2 kalau Hujan - Tak boleh balik lagi, hujan! Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami men...

Apakah Allah Terima Taubatku?

Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat... Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." ( Surah al-Nisa' 4:17) Allah memafkan kesalahan yang kamu lakukan... Firman Allah, maksudnya: "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (Surah al-Syura 42:25) DIA memafkan kesalahan siapa sahaja yang dikehendakiNya... Firman Allah, maksudnya: "Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." ( Surah al-Taubah 9:15)

Ulama "Anjing"

Bal`am bin Ba`ura telah diumpamakan sebagai "ulama anjing". Allah s.w.t telah merakamkan kisahnya di dalam surah al-A`araf: 175-178 yang berbunyi: وَاتلُ عَلَيهِم نَبَأَ الذِي آتَينَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنهَا فَأَتبَعَهُ الشَّيطَانُ فَكَانَ مِنَ الغَاوِين * وَلَو شِئنَا لَرَفعنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أخلَدَ إلىَ الأرضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فََمَثَلَهُُ كَمَثَلِ الكَلبِ أن تَحمِلْ عَلَيهِ يَلهَثْ أو تَتُركْهُ يَلهَث ذَلِكَ مَثَلُ القَومِ الذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقصُصِ القِصَصَ لَعَلَّهُم َيتَفَكَّرُون * سَآءَ مَثَلاً القَومُ الذِينَ كَذَّبُوا بآياتِنَا وَأنفُسَهُم كَانوُا يَظلِمُون * مَن يَهدِ اللهُ فَهُوَ الُمهتَد وَمَن يُضلِل فَاُولَئِكَ هُمُ الخَاسِرُون "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka berita tentang orang yang Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan dirinya daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kal...

Rumahku,Syurgaku

Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim " Islam itu hati,Hati itu Islam,Ya Rahman,Yang Maha Pemurah,Ya Rahim,Yang Maha Penyayang, Islam itu syumul,Islam itu lengkap,Islam itu rabbani,Islam itu ikatan, Islam dalam hati,Bukan pada nama,Hidup dalam Islam,Mati dalam Islam "

SYIRIK DNGAN ALLAH

Dapat kira nya anda memberi pandangan yang sebenar nya kehendak ayat ini " KIRANYA KAMU BERHAJAT BERTEMU DENGAN AKU BUAT LAH AMALAN SOLEH YANG TIDAK SEKUTU DENGAN KU ( ALLAH )" harap dapat memberi pandangan atau komen terhadap ayat ini saperti mana ALLAH berfirman lagi " WALAU PUN DOSA KAMU SAPERTI BUIH DILAUTAN AKAN KU AMPUN KECUALI SYIRIK " walau pun sebesar hama sekali pun Syirik dengan ALLAH tidak akan masuk Syurga. Wallahhualam.

Allah Sentiasa Mendengar

Keluhan orang yang berdosa karena dosa-dosanya, Tuhan amat suka. Terlebih lagi gugurnya air mata saat menangis mengenang dosa-dosanya, itu dapat memadamkan api Neraka. Takutnya kepada Allah kalau-kalau berbuat salah atau takut tidak diampuni dosanya adalah ibadah. Sedangkan orang yang beribadah belum tentu jadi ibadah. Karena yang namanya ibadah mestilah sampai terasa dan dihayati oleh hati dalam ibadahnya, penghayatan itulah kerja hati. Kalau fisik saja yang nampak beribadah, tapi hati tidak beribadah, maka tidak ada arti apa-apa dengan ibadahnya. Tuhan tidak pandang rangka, tapi pandang isinya. Rangka cantik bagaimanapun, jika tidak ada isi tidak ada arti apa-apa. Rasa berTuhan dibawa ke mana-mana ini juga adalah ibadah batin. Pahalanya senantiasa mengalir selagi ada rasa itu. Rasa hamba dibawa ke mana-mana,rasa lemah dan rasa tiada kuasa, adalah juga ibadah batin. Rasa hamba itu, itulah sifat hamba yang sebenarnya. Janganlah sifat hamba itu ditukar dengan sifat tuan atau ketuhanan. ...

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretanmalaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuh kuluka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin me...

Salam

Image
Welcome to my blog.