BELIAU seorang yang bijaksana berjiwa lurus dan berhati mulia. Semua kesenangan harta benda dunia yang sangat diingini dan didambakan tidak dipeduli. Dengan sifat ini, bererti ia bukan lari daripada kebahagiaan, malah sebaliknya. Maka kebahagiaan sejati baginya, ialah menguasai dunia, bukan dikuasai dunia. Apabila manusia hidup dalam batas bersahaja dan sederhana, dan mereka menggunakan hakikat dunia hanya sebagai jambatan yang tetap dan abadi, maka mereka akan memperoleh kebahagiaan sejati iaitu kebahagiaan sempurna dan lebih agung. Beliau berkata: “Kebaikan bukanlah kerana banyak harta dan anak tetapi kebaikan yang sesungguhnya ialah apabila semakin besar rasa santun-Mu, semakin bertambah banyak ilmu-Mu, dan kamu berpacu menandingi manusia dalam mengabdi kepada Allah Taala.” Pada masa Khalifah Uthman Muawiyah menjadi gabenor di Syria dan Abu Darda menjawat hakim atas kehendak Khalifah. Di sanalah, di Syria beliau menjadi tonggak mengingatkan orang terhadap ditempuh Rasulullah dalam h...